Friday, 11 January 2013

Jom kembali daaa...


Selamat berjumpa kembali..lama jgak rasanya tak menjenguk blog ciptaan untuk tugasan KRT ni..tiada kesempatan masa.  Cuti yang dipenuhi dengan undangan perkahwinan,  bercuti,  beli persiapan sekolah anak-anak dan macam-macam lagi.  Akhirnya hari ni temui kekuatan untuk mengemaskini blog …rasa rugi pulak biarkan blog ini terbengkalai.  Almaklumlah..klau tak sambung belajar..mmm..tak denya wujud blog ini..kehkehkeh.
  

Thursday, 13 December 2012

MODEL PENGAJARAN MATEMATIK 5-PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH


PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
  • Murid diberi masalah yang bukan rutin dan diminta mencari penyelesaian mereka sendiri
  • Proses mencari penyelesaian merupakan pengalaman/pembelajaran yang mereka dapati
  • Murid  berfikir & membuat analisis secara kreatif menggunakan sumber secara berpasukan untuk mencari penyelesaian kepada masalah sebenar
  • Berasaskan murid
  • Mencabar
  • Guru merupakan fasilitator
  • Peranan fasilitator
    • Membimbing
    • Memantau
    • Menyoal bila perlu untuk pastikan murid berada di landasan yang betul
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam
-       Berfikir
-       Bertanya
-       Berkomunikasi
-       Berhujah dan pertahankan pendapat
-       Kerja berkumpulan
-       Inter dan intra personal
Strategi dan kaedah yang biasa digunakan untuk  Penyelesaian  masalah :-
  1. Cuba mempermudahkan  soalan (simplify)
  2. Cuba jaya dan membuat penambahbaikan
  3. Melukis gambar rajah
  4. Mengenal corak dan turutan
  5. Membuat jadual, carta atau senarai yang sistematik.
  6. Simulasi
  7. Membuat analogi; dan
  8. Membuat penyelesaian ke belakang ‘working backwards’

PERSEDIAAN
  • Mengenal pasti masalah
  • Menjelaskan masalah
IMAGINASI
  • Mencari alternatif penyelesaian
  • Mencari penyelesaian
PERKEMBANGAN
  • Melakukan operasi
  • Menilai  penyelesaian masalah
TINDAKAN
  • Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat 
















MODEL PENGAJARAN MATEMATIK 4- MEMBUAT KEPUTUSAN


MEMBUAT KEPUTUSAN
Proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat pemilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan altenatif setelah dipertimbangkan dengan teliti.
Tujuan:-
                    Sedar bahawa terdapat pelbagai cara untuk melakukan sesuatu tindakan.
                    Memilih apa yang dikehendaki dan terbaik daripada beberapa pilihan.
                    Elak daripada masalah akibat membuat keputusan yang silap.
Kesilapan Umum
Cara Mengatasi
Membuat keputusan terburu-buru (hasty)
….. setelah mengambil masa untuk berfikir tentang pemilihan.
Membuat keputusan yang sempit (narrow)
….. berdasarkan maklumat yang mencukupi dan releven
Membuat keputusan yang kabor (sprawling)
….. dengan mengaitkan dan mengorganisasikan semua faktor yang berkaitan.
Membuat keputusan yang bercelaru (fuzzy)
….. setelah memikirkan dan mempertimbangkan aspek-aspek penting dengan jelas.

STRATEGI ASAS:-
        Mengenalpasti dan menganalisis masalah.
        Mencadang penyelesaian yang mungkin.
        Menilai dan meramal akibat setiap pilihan.
                _   Mencadangkanpenyelesaian Terbaik Untuk Masalah Yang Dihad

Monday, 10 December 2012

MODEL PENGAJARAN MATEMATIK 3 -Pembelajaran Berasaskan Projek


PROJECT BASED LEARNING(PBL)
Pembelajaran Berasaskan Projek

  Contoh projek-projek yang boleh mencabar minda pelajar adalah seperti:  

     lawatan sambil belajar yang dirancang, penyiasatan, ujikaji dalam makmal dan aktiviti-aktiviti yang merentasi kurikulum yang dapat meluaskan dan mengayakan kurikulum.

Kriteria
 - Mengenalpasti pendorong (drive) pembelajaran dan kebolehan pelajar.
    Kerja projek diutamakan.
 - Pembelajaran secara mendalam (in-depth) melalui isu-isu dan soalan-soalan dalam kerja projek
 - Menggunakan bahan dan kemahiran seperti teknologi, pengurusan projek dan pengurusan diri.
  -Menyelesaikan masalah melalui pengujian (investigation), penyelidikan (research), dan penyoalan (reasoning)
 - Menerima pelbagai produk yang membenarkan maklum balas yang kerap dan peluang pembelajaran yang lebih kental melalui pengalaman.

Implikasi
 -Menarik perhatian pelajar terhadap satu topik yang khusus.
  -Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tersebut.
 - Mengajar pelajar menerima & menghormati perbezaan individu.
 - Menggalakan pelajar untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea & pandangan masing-masing.
  -Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

MODEL PENGAJARAN MATEMATIK 2- KONSTRUKTIVISME


KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk   membina pengetahuan baru.

KONSTRUKTIVISME MENGAPLIKASIKAN 5 PRINSIP UTAMA (5 Es):
          Engage ( Melibat )
          Explore ( Meneroka )
          Explain ( Menjelas )
          Elaborate ( Mengembang )
          Evaluate ( Menilai )


Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme

4 Fasa Utama

Fasa Persediaan
 Bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah (thoughtful) situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda.

Fasa Imaginasi
Idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangsaran. Seterusnya, idea dikutip dan sintesis idea berlaku untuk memilih atau menghasilkan ciptaan.

Fasa Perkembangan
Penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir.

Fasa Tindakan
Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan. Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan.

PERANAN GURU kONSTRUKTIVISME
         Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan kpd soalan yang ditanya.
         Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah
         Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka 

MODEL PENGAJARAN MATEMATIK 1- INKUIRI PENEMUAN..

INKUIRI PENEMUAN
Proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan daripada masalah yang dikemukakan.
Pelajar perlu :
Mengenal pasti soalan bermasalah,
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya

JENIS-JENIS  INKUIRI
       INKUIRI TERBIMBING
       INKUIRI TERBUKA

PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN
       Inkuiri membawa maksud penglibatan yang menghasilkan kefahaman.
       Murid cuba menemui sesuatu yang baru dalam pengalamannya
       Kaedah semula jadi yang digunakan oleh kanak-kanak untuk membina pengetahuan baru mereka
       Antara pendekatan yang paling berkesan dalam pembelajaran (ditemui sendiri oleh murid)
       Berpusatkan murid
       Menekan penerokaan dan penemuan yang dibuat oleh murid sendiri
       Murid temui konsep-konsep matematik melalui aktiviti penyelesaian masalah
       Pembelajaran matematik menjadi seronok (jika dilaksanakan dengan baik)






GAMES