KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa
murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
KONSTRUKTIVISME MENGAPLIKASIKAN 5 PRINSIP
UTAMA (5 Es):
•
Engage (
Melibat )
•
Explore
( Meneroka )
•
Explain
( Menjelas )
•
Elaborate
( Mengembang )
•
Evaluate
( Menilai )
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan
pembelajaran konstruktivisme
4 Fasa Utama
Fasa Persediaan
Bermula dengan pemerhatian sehingga proses
analisis secara berfikrah (thoughtful) situasi, objek dan karya, cara sesuatu
itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui
pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda.
Fasa Imaginasi
Idea dijanakan untuk mencari hubung
kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangsaran.
Seterusnya, idea dikutip dan sintesis idea berlaku untuk memilih atau
menghasilkan ciptaan.
Fasa Perkembangan
Penambahbaikan terhadap hasil idea
perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir.
Fasa Tindakan
Fasa Tindakan
Suatu ciptaan asli tidak bermakna
dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea
baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan
menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan.
Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan.
PERANAN GURU kONSTRUKTIVISME
•
Menggalakkan murid
menerangkan lebih lanjut jawapan kpd soalan yang ditanya.
•
Menggalakkan penemuan oleh
murid melalui pertanyaan soalan bercapah
•
Menggalakkan murid
menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka
No comments:
Post a Comment