PART 1
Teristimewa kepada keluarga, rakan-rakanku dan yang
amat istimewa di hati ini anak-anak didikku yang pernah bergurukan aku
sepanjang 16 tahun dalam dunia perguruan.
Guru mungkin bukan cita-cita aku, mungkin
persekitaran keluarga yang tidak menjurus kepada profesion perguruan
menyebabkan tiada langsung cita-cita itu dalam Kad 001 ku. Hihi..yang ada
Doktor,Pramugari,Jururawat dan tak ketinggalan Kerani..kahkahkah. Mungkin
sikap pemalu berhadapan dengan orang menyebabkan aku tak pernah bercita-cita
menjadi guru.
Namun perjalanan hidupku didorongkan ke
arah bidang ini bermula sekitar tahun 1993. Ketika itu aku di tingkatan 6
di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru. Kebetulan
sekolah ku berhampiran dengan Maktab Perguruan Mohd Khalid(MPMK). Aku dan
rakan-rakan tingkatan 6 berpakat untuk mengambil borang pemohonan di maktab
itu. Sebenarnya kami nak enjoy..hahaha..nak ponteng prep petang.
Maka beramai-ramai lah kami mintak kebenaran daripada warden untuk keluar
ke MPMK pada petang itu...dan apalagi..macam burung terlepas dari sangkar
la...lepas mengambil borang kami pun berseronok la..hihi
Malam tu kami pun sama-sama lah
mengisi borang yang telah diambil dan meminta Penyelia Asrama untuk mengeposkan
pemohonan tersebut. Beberapa bulan kemudian kami berenam mendapat
panggilan ke Temuduga Bertulis.Dari asrama kami ke pusat temuduga, ada yang
menjawab penuh bersemangat dan ada yang menjawab sebab saja suka-suka.
Aku ..biasalah..kerja apa pun bagi ku memang bukan sekadar
suka-suka..cewahhh..masuk bakul angkat sendiri ni..maka aku menjawab semua
soalan yang diberi dengan bersungguh-sungguh.
Selepas temuduga bertulis,
kami langsung tidak memikirkan tentang permohonan itu lagi. semua
sibuk memberi tumpuan kepada STPM yang akan dihadapi pada hujung tahun
tersebut. Sebelum STPM, aku, Anis dan Ruby telah berjaya dipanggil
untuk ke temuduga seterusnya. Hahaha..selangkah lagi untuk terjebak ke
bidang perguruan. Aku dan Anis di panggil ke temuduga di Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim pada hari yang sama...Ruby hari lain. Tak tahu kenapa,
hati ini tanpa ada rasa berat terus saja pergi. agaknya memang dah
nama rezeki di situ, maka Allah melapangkan segala-galanya.
Dengan berbaju kurung batik berwarna biru, bertudung
putih, bertas tangan hitam dan berkasut tumit tinggi seinci, aku
melangkah berjalan masuk ke MPTI selepas dihantar oleh Tok Cik sehingga ke
pintu masuk MPTI. Adusss..kebetulan pula ketika itu, guru-guru
pelatih MPTI pun sedang bergerak untuk ke bilik kuliah mereka. Ku tebalkan muka
berjalan merentasi kelompok pelatih-pelatih itu. Masih ku ingat satu
suara pelatih lelaki yang berkata.."emm..yang ni confirm dapat ni.."...Aku
langsung tak menghiraukan kata-kata tersebut kerana "si Pemalu' ini masih
tetap malu...hisssshh...malunya...mula lah merasakan yang pakaian aku tu
terlalu 'over'..kahkahkah..
Akhirnya, aku melalui sesi temuduga dengan
lancar. Jawab jangan tak jawab. masih ingat lagi antara
soalannya..."Kenapa nak jadi cikgu..kan bagus kalau awak cari kerja lain
kalau dapat result bagus STPM nanti..."dan "Dari mana asal usul nama
Gelang Patah.."......
PART 2
PART 2
Sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM..aku
melepaklah di rumah...Minggu pertama cuti aku dan rakan-rakan telah membuat
rombongan (naik bas awam) dari rumah ke rumah. Bermula dari Kota Tinggi
ke Felda Ulu Tebrau, kemudian ke Sungai Tiram dan akhir sekali ke rumah
aku dan Anis di Gelang Patah. Enjoy sesangat.
Minggu seterusnya aku mula mengorak langkah..kononnya hendak mencari kerja. Inilah pengalaman pertama aku memohon pekerjaan. Temuduga pertama yang aku hadiri ialah sebagai Operator Pengeluaran di sebuah kilang. Dapat kerja...tapi esoknya tunggu van kilang tak datang-datang..emmm..baliklah aku ke rumah. Esoknya sekali lagi, aku pergi menghadiri temuduga dan terus bekerja. Emmm..entahlah memang jiwa bukan sebagai seorang pekerja kilang, sehari saja aku bekerja di sana. Esoknya aku malas pergi.
Lebih kurang pukul 2 petang, aku ke pekan Gelang Patah. hajat di hati hendak minta kerja di sebuah klinik swasta di pekan itu. Selepas bersoal jawab dengan pembantu di klinik itu, aku diberitahu akan dimaklumkan diterima atau tidak keesokan harinya. Beliau memberi keyakinan 90% akan dapat kerja di situ. Balik ke rumah dengan hati yang berbunga riang.
Sebaik saja tiba di rumah, kakak ku menyerahkan sampul surat kuning dari Bahagian Pendidikan Guru.
" Nah..ni dapat
maktab ni," kata kakak
"
hahhh...yahooo...!" kataku
" Tapi kat
Sarawak..Pengajian Matematik," sambungnya lagi
"
Alamakkk...Matematik ke...tak nak lahhh..orang mintak Pengajian Melayu..tak
minat matematik ni..huuhhh," rungut aku
"
Alah...Matematik sekolah rendah je..bukannya susah sangat," sambung
kakak lagi
" Nak pergi tak
ni...?..kalau nak pergi kena hantar borang menerima ni..kena buat pemeriksaan
kesihatan,.." sambungnya lagi
Dan di situ lah bermulanya
langkah aku ke dunia perguruan. Aku menerima tawaran melanjutkan
pengajian dalam bidang perguruan Di maktab Perguruan Sains Bintulu di Sarawak
dalam bidang Pengajian Matematik Sekolah Rendah.
Part 3
Tiba hari dijanjikan, aku, abang, dan mak telah berangkat ke Kuala
Lumpur dengan menaiki teksi salah seorang saudaraku. Aku bukan daripada
keluarga yang senang. Waktu tu kereta
bukan keperluan utama seperti sekarang ni. Mak dan keluarga pulang ke Johor
setelah meninggalkan aku bersama raka-rakan yang akan berangkat ke
Sarawak. Di Kuala Lumpur, aku dan rakan-rakan telah diminta untuk
berkumpul di Institut Bahasa. Bermulalah
perjalanan seorang “bakal guru” yang akan dilepaskan sendirian ke Sarawak. Rasa berdebar-debar pada mulanya hilang
apabila bertemu dengan rakan-rakan yang juga berdebar-debar. Sarawak..huhh, bukanlah sesuatu yang biasa bagiku. Namun sebelum aku berangkat ke KL, warden aku di ASPURI,JB cikgu Salleha Kasim
telah memberikan gambaran yang Bintulu adalah sebuah kawasan yang
membangun. Maktab Perguruan Sains
Bintulu itu adalah sebenarnya kampus UPM cawangan Bintulu yang akan ditutup
sementara.
Banyak betul pengalaman yang ditimba. Rakan pertamaku yang ku kenal ketika sesi
taklimat masih ku ingat..Rozan Mohamad..si putih comel lote dari Kelantan. Dalam kapal terbang pula duduk pula di
sebelah seorang pemuda bekerja sebagai askar di Kuching. Ketika bersembang
dengan dia..rupanya jirannya pun ada dapat MPSB dan telah berangkat pada minggu
lepas. Hahahaha..nak jadikan cerita tu panjang
macam slot AKASIA..rupanya jiran yang diceritakan itu adalah roommate aku..Rosnayani…taunya
masa berkenalan dengan Yani. What a small world!!
Tak ketinggalan juga pengalaman duduk di
sebelah warga Afrika (yg educated ye..bukan Awang Hitam). Aku yang tidak berapa fasih berbahasa Inggeris
diajaknya bersembang…kahkahkahkah..lawak tul aku bercakap omputih..tapi apa
yang penting..dia faham…yeessss!! Juga pengalaman nama aku dipanggil oleh
peramugari sebab lewat masuk flight. Satu
airport bergema..kehkehkeh..tu pulak gara-gara Pak Usu ku mengajak aku ke
rumahnya di kem tentera.
Dan akhirnya…sebelah kakiku telah membenarkan
aku untuk bergelar “cikgu” atu hari nanti.
Aku dan rakan-rakan telah menjalani sesi orientasi selama seminggu. Kena pakai selendang hijau…kahkahkah..baju
pink selendang hijau…baju biru pun selendang hijau. Aku ditempatkan di kelas D93MT4..tutorku En
Rosli. Maka bermulalah pembelajaran aku ke arah menjadi seorang guru..pedagogi,
teori Jean Piaget, Brunner, Skinner, Pavlov,dan lain-lain. Penulis buku Mak Song Sang yang sangat
popular. Dapat elektif Muzik, dan Kemahiran
Hidup, unit Beruniform Pandu Puteri
(Kumpulan Rafflesia), Persatuan
Pengguna, dan Permainan Bola Jaring.
Di MPSB aku turut aktif dan menjadi pemain
Bola Jaring MPSB. Tahun pertama bermain
di MP Batu Lintang. Fuyoooo..perjalanan
ke Batu Lintang menggunakan bas sangat mencabar…aku rasa 12 jam dari Bintulu ke
MPBL. Bukan bas ekspress yang ada
penyandar kepala tu tau..yang ada hanya tempat duduk yang berpalang besi. Nak patah tengkuk dibuatnya!!! Apa pun perjalanan itu adalah sebuah
pengalaman yang terindah..kalau naik flight dapat lihat pemandangan Bumi Kenyalang
dari udara..dengan sungai yang berliku2..tasik ladam…apa teori dalam subjek
geografi( subjek kegemaranku tu..)..jelas terbentang di depan mata. Dan
perjalanan menggunakan darat pula melihatkan keindahan hutan Borneo yang belum
tercemar..sangat sejuk mata memandang. Kenangan dan apa yang terakam di depan
mata tak pernah luput dari ingatanku. Tahun
kedua pula MPSB menjadi tuan rumah. Satu
kerugian..yelah sebab kalau tempat lain boleh jgak tengok tempat orang lain.
Ok jumpa lagi di lain
masa
Sesunnguhnya Allah ialah sebaik2 perancang..
ReplyDeleteBetul tu saifuddin...dan akhirnya cikgu jatuh cinta dengan kerjaya ini..walaupun dugaan zaman kini cukup2 merimaskan..tapi bila melihat ramai anak2 didik yang berjaya..rasa tumpang bangga..ALHAMDULILLAH..
ReplyDeleteYa Allah...berikan kebahagiaan dan keberkatan hidup kepada semua anak murid ku yang pernah aku ajarkan..walaupun yang hanya pernah mengenali nama ini. Amin
nak tanya tahun berapa kat Bintulu tu:) kot kot sama hehe tapi sya yang UPM tu:) nak tanya kenal ker Cikgu Rozan binti muhammad yang dari Kelantan tu? emm kawan lama ...:) kalau ada email saya yer cikgu:) markparen@yahoo.com
ReplyDelete