Tuesday, 20 November 2012

PANDUAN UPSR 2013


Beberapa elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik untuk versi 2013 antara elemen yang perlu dimantapkan ialah :

a) Penggunaan set geometri untuk tajuk shape.

b) penggunaan bahan maujud seperti kotak tisu atau kotak untuk space.

c) penggunaan wang mainan untuk tajuk money


d) penggunaan botol minuman atau bekas minuman yang berlabel dan bahan-   bahan radas dalam makmal sains untuk tajuk volume of liquid.

e) galakkan penggunaan pembaris, galakan mengenali papan tanda jalan raya     
  
   untuk tajuk, ukuran tinggi untuk tajuk length.

f) kertas lukisan atau sebarang kertas putih contoh A4 : melukis : 2d dan 3d

g) menggunakan skala penimbang elektronik / biasa untuk menimbang berat    

    
   badan, timbangan skala kecil dan besar untuk tajuk mass

h) penggunaan istilah sama maksud contoh suku, tiga suku, suku jam sebelum,tiga


    suku jam selepas, jam dinding, kalendar, waktu di astro, intisari   rancangan, 

    termasuk jadual waktu persekolahan, dan mana-mana berkaitan untuk tajuk time

i) pengukuhan konsep berkaitan tajuk pecahan, perpuluhan dan  

   peratus....termasuk purata

j) galakkan murid mengenali bentuk graf dan carta pai...

k) galakkan murid melukis paksi simetri dan lorekkan dengan cara yang betul...

l) pastikan murid meletakkan unit untuk setiap soalan walaupun unit telah         

  diberikan..


Pendek kata...matematik UPSR 2013 lebih kepada :
          a) Baca
          b) Tahu
          b) Faham
          c) Buat / Simulasi / Merasai elemen persekitaran
          d) Latihan
          e) Aplikasi

Hafalan perlu ditekankan untuk setiap elemen topik yang terlibat sahaja seperti         rumus, tukar unit dan mana-mana berkaitan.
 Yang paling penting SOALAN PERLU DIFAHAMI DAN BUKAN DI HAFAL kemungkinan besar kecenderungan soalan lebih kepada praktikal persekitaran murid seharian ....terima kasih.....

(SUMBER:SHANRUDIN KARIM – KUMPULAN KAMI GURU METEMATIK)

Saturday, 17 November 2012

JOM NYANYI SAMBIL MENGHAFAL...WONDERPET'S PERATUS

WONDERPET'S PERATUS...


PERATUS..PERATUS..KAMI DATANG 
2 DARAB DENGAN 50
4 DARAB DENGAN 25 
5 DARAB DENGAN 20
10 DARAB 10...YEYY..

APA YANG PENTING...JADI PERSERATUS
APA YANG PENTING..SIMBOL %

JOM LATIH TUBI...Practice make perfect

LATIHAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN PERATUS..

Sunday, 4 November 2012

Cabaran lagi..

Salam semua...

buat masa ni terpaksa menghentikan sementara akiviti di bolg ini..minggu terakhir persekolahan..banyak perkara yang perlu dibereskan.  Semoga Tuhan memberi kelapangan dan permudahkan segala urusan.

Monday, 29 October 2012

Peratus,Perpuluhan &Pecahan


Berikut adalah jadual menunjukkan nilai yang ditunjukkan dalam bentuk Peratus, Perpuluhan dan Pecahan:

peratus
perpuluhan
pecahan
1%
0.01
1/100
5%
0.05
1/20
10%
0.1
1/10
12½%
0.125
1/8
20%
0.2
1/5
25%
0.25
1/4
50%
0.5
1/2
75%
0.75
3/4
80%
0.8
4/5
90%
0.9
9/10
99%
0.99
99/100
100%
1

125%
1.25
5/4
150%
1.5
3/2
200%
2

Konsep Pecahan,Peratus dan Perpuluhan

Cuba lihat kaitan antara pecahan, peratus dan perpuluhan..

Sunday, 28 October 2012

Cabaran seterusnya...

wahh..bagai nak putus jantung tadi...tiba2 bila nak buka blog ada tulisan.."your blog has been remove"...dah meleleh air mata ni...Lepas keluar makan2 untuk meraikan hari jadi anak sulung..terus buat blog lain..  Tapi Alhamdulillah..malam ni bila try semula..dah boleh buka.  wahai blog lah jangan nak uji-uji aku yeee..cukup la pensyarah2 di UPSI yang uji aku..huhuhu

Saturday, 27 October 2012

Aduhai...cabaran

Ya Allah...susah juga ye..tambah2 lagi jika kita kurang faham dan mahir utuk membina blog.  Tapi pada hakikatnya sangat berbangga dengan diri sendiri kerana berjaya juga membina tapak asas bagi blog ini.  Kekangan masa sebagai pelajar PJJ,  guru dan ibu sedikit sebanyak memberi cabaran.  Untuk sesiapa yang mengenali Cikgu Salawati jom la jadi followers DUNIA MATEMATIK CIKGU SALAWATI...banyak sangat kekurangan.  Insya Allah akan sentiasa diperkemaskan.  Kepada anak-anak murid Cikgu Salawati..bagi la idea dan ajarin cikgu yang kurang mahir ni..

Monday, 1 October 2012

Tutorial Kedua..

Berada di Upsi hari ini..bersama-sama Miss Linda yang sedang mengajar cara-cara membina blog...tq miss

 

Saturday, 29 September 2012

Salam...

Fuhhh..akhirnya berjaya juga mencipta blog ini. Salah satu ilmu yang didapati sepanjang berada di UPSI. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana memberi ruang untuk aku menimba ilmu yang tidak mungkin aku perolehi jika aku hanya berdiam diri dan berada di zon selesa. Terima kasih juga kepada suami yang telah memberi keizinan untuk aku melanjutkan pelajaran selepas yakin yang aku mampu untuk mengendalikan 3 perkara dalam satu masa. Terima kasih juga kepada tiga heroku Aqmal Irfan, Afiq Izzuddin dan Aqil Imran yang amat memahami situasi mama sekarang..tak lama sayang..4 tahun saja. Doakan mama agar mampu menghadapi semua ini tanpa mengabaikan kalian.

GAMES